Assalamualaikum wbt.
Straight to my point, blogging is my part time hobby. FZ dah lama create blog tapi tak aktif pun. Cuma lately ni rasa terpanggil lak nak aktif semula. Lama juga FZ nak fikirkan konsep blog ni. Sama ada nak konsep bercerita, bergosip atau meluah perasaan dan pendapat. Lama-lama setelah ditelaah betul-betul dan dengan petunjuk dari Illahi, Alhamdullillah FZ mendapat satu akal untuk create a concept where FZ can show my appreciation toward a person or thing.
Most of bloggers FZ jumpa .. sukakan konsep bercerita, berkongsi cerita, inform kat readers tentang aktivit seharian mereka (cam retis pulak ko nyah.. haha) dan macam-macam lagi.. Apa yang FZ mahukan ialah satu kepuasan di mana FZ boleh beritahu ramai orang tentang orang-orang yang FZ suka, respect dll.. Lagipun ini bukan satu kesalahan coz FZ tidak membuka pekung orang lain cuma FZ berkongsi apa yang FZ suka tentang 'dia' dan sewaktu dengannya.
Allah SWT dah bukakan hati FZ untuk berdakwah dan ini cara FZ berdakwah. Tak semestinya kau letak hadis atau petikan Al-Quran, PAP! orang dah boleh panggil kau ustaz, ustazah.. Dakwah tu sendiri banyak cara selagi jalan dakwah itu positif dan tak jatuhkan aib sesiapa kan?
FZ sentiasa berdoa inilah jalan terbaik untuk FZ terus belajar menghargai kehidupan dan setiap hela nafas FZ sehari-hari. FZ sentiasa berdoa supaya FZ sentiasa sempat untuk menghargai setiap orang yang hadir dalam hidup FZ sekarang dan selamanya. Semoga apa yang FZ kongsikan tentang 'seseorang' atau 'sesuatu' membawa kebaikan kepada pembaca sekalian alam .. Tak banyak, sikit pun sekurang-kurang mesejnya sampai kan?
Sekian, dari the cutest FZ. Waalaikumussalam wbt.
P/S: Tak semestinya orang tu tak masuk blog, kita tak suka.. Ada kisah boleh cer, ada kisah kena simpan. "Kerana dirimu begitu berharga"... :)