Pages

Friday, April 26, 2013

THE BEST OF HKL ! Only in Malaysia .


25 April 2013 . Tarikh keramat yang aku akan ingat sampai bila-bila.  Insya Allah kalau aku tak lupa ingatan lagi la… Ape cer?  Ini kisahnya…

Hari ini aku ada appointment pakar di Hospital Kuala Lumpur.  Aku kena refer ke Ortopedik.  Aku ke sana pun follow up dari klinik tempat aku belajar.  Ringkasnya ini jadual perjalanan aku hari tu.

7.45 pagi : Keluar rumah& tunggu akak di lampu isyarat kawasan rumah

8:30 pagi : Bergerak ke HKL

9:50 pagi : Pendaftaran di Klinik Ortopedik HKL

10:00 pagi :  Menunggu giliran

11:30 pagi : Ke kaunter 2, Tingkat 2 Jabatan Ortopedik.
(Di sini aku disarankan untuk mendaftar sebagai pesakit luar dan mendapatkan surat lanjutan dari doktor di Klinik Ortopedik pesakit luar terlebih dahulu sebelum mendapatkan khidmat pakar.   Walaupun aku mendapatkan surat rujukan dari tempat belajar, dek memikirkan kos rawatan, aku pergi juga)

11:50 pagi – 2:30 petang : Di sini segalanya bermula . . .

Aku mendaftar sebagai pesakit luar dan lebih kurang 10 minit menunggu, tiba giliran aku untuk berjumpa doktor.  Aku kisahkan tentang sakit yang aku alami dan diarahkan membuat ujian air kencing dan ujian darah.  Aku bertindak mengikut arahan.

Mula-mula sekali, ambil darah dan air kencing.  Hantarkan ke makmal dan menunggu keputusan.  Nama dipanggil dan aku ambil keputusan segera terus ke bilik doktor tadi.  Oh, sebelum masuk ke bilik doktor, aku perlu menjalani keputusan tekanan darah. Selesai, masuklah dalam …

Masuk bilik, bilik kosong.  Intai punya intai, rupa-rupanya si doktor dan pembantunya bercitcat kat ruang belakang.  Pembantu dia nampak aku dan aku terus bagi semua keputusan yang ada pada aku.  Muka dia pelik dan terus refer result pada doktor.  Cantik punya conversation antara doktor dengan aku.

Doktor   : You punya darah ok tak ada apa-apa.
Aku      : (mengangguk kepala)
Doktor   : You dah kahwin ke?
Aku       : Belum.
Doktor   : Pernah buat hubungan?
Aku      : Tak pernah.
Doktor   : Betul you tak pernah buat?
Aku      : Tak pernah.  Kenapa?
Doktor   : Kalau you tak pernah buat, macam mana dalam air kencing you ada sperma?
Aku      : (Terkejut dan terdiam)
Doktor   : Ikut result ni, yesterday you mesti ada buat hubungan.  Lepas ni, kalau you 
                nak buat hubungan, make sure pakai kondom.
Aku       : (Masih diam dan hati sudah panas)
Doktor   : I bagi you ubat, you boleh ambil di farmasi.
Aku       : (blah tanpa ucapan terima kasih … kau tak layak dapat terima kasih aku!)

Aku terus pergi ke keluarga yang sedang menunggu di luar dan berbincang dengan mereka.  Semua terkejut dan mak aku sendiri sedia maklum, semalaman aku di rumah dan aku cuma keluar pada siang hari, itu pun dengan kawan PEREMPUAN.  So, celah mana aku dapat sperma tu?

Selepas berbincang dengan keluarga,  immediately hari yang sama pada petang yang sama terus ke klinik swasta berbayar untuk buat ujian air kencing semula.  Aku memang tak puas hati dan aku sangat-sangat confident aku memang tak bersalah!  Ini soal aib, maruah dan rekod kesihatan aku.

Mulanya aku katakan pada staf klinik tu, aku nak buat ujian air kencing untuk lihat sama ada ia kotor atau tidak.  Setelah mendapat keputusan yang samar-samar, aku dan mak berterus terang tentang kejadian di hospital pada Dr. M.  Dr. M sendiri merasakan ada staf HKL yang cuai dalam pemeriksaan.  Beliau sendiri berkongsi sedikit pengalaman semasa beliau pernah berkhidmat di hospital.  Kecuaian sentiasa terjadi dan mangsa keadaan adalah pesakit.  Atas rasa tanggungjawab, dia mengarahkan aku untuk ambil air kencing sekali lagi dan dia dengan segera pergi buat pemeriksaan makmal di sebuah hospital swasta di KL.

Sekitar jam 2 petang hari ini; 26 April 2013, aku mendapat panggilan dari klinik tersebut menyatakan air kencing aku bersih.  Aku bertanyakan sekali lagi tentang isu semalam dan staf tersebut mengulangi bahawa air kencing aku tiada masalah.  Syukur Alhamdulillah. Awesome ! Satu carut untuk HKL.  

Sekitar jam 4 petang, aku ke klinik tersebut untuk mendapatkan keputusan bercetak dan pandangan dari Dr. M.  Aku bertanyakan jalan untuk aku membuat aduan tentang hal ini.  Dr. M sendiri menyatakan “Hospital Kerajaan memang susah nak fight”.  Dr. M menasihati aku supaya menjelaskan perkara sebenar dan menunjukkan kedua-dua keputusan air kencing iaitu hasil dari kecuaian HKL dan ketelitian Klinik Dr.M kepada pengurusan di tempat belajar sekembalinya aku ke sana nanti.

Dulu orang lain cerita tentang silap sana-sini hospital kerajaan, aku susah nak percaya.  Paling-paling aku percaya pun, adab dia orang dengan pesakit la.  Biadap !  Itu je la yang selalu jadi depan mata aku. Sekarang, dengan apa dah jadi pada diri aku sendiri. Aku nasihatkan kengkorang satu hal je la…

“Kalau nak ambil MC, pergi je hospital kerajaan … tapi … kalau rasa nak buat pemeriksan teliti, suci lagi telus, better pergi je klinik/hospital swasta.  Biar berhabis duit untuk kesihatan yang terjamin, sekurang-kurangnya puas hati”

Ikhlas, 
Pesakit teraniaya HKL o0o