Pages

Wednesday, January 16, 2013

JODOH : Ujian Mimpi

Bismilahirahmanirrahim .. Assalamualaikum wbt ..

Alkisahnya nak cerita Fz dilanda kesedihan di mana Fz mendapat satu khabar di mana teman yang dimimpikan selepas melaksanakan solat hajat dipertemu jodoh ... sudah bertemu jodoh dengan orang lain.  Senang nak cer, Fz gelarkan "dia" sebagai "Mr. B"..

Mesej dengan dia tadi, tiba-tiba je dia cakap nak lamar bakal isteri yang sudah dikenali setahun yang lalu. Pergh! Tak sentap sangat pun sebenarnya. Cuma sedikit terkeliru dan sebak kenapa Allah SWT uji Fz sebegini lagi?  Dia hadirkan seseorang, semaikan rasa sayang Fz pada seseorang tu, tapi di penghujung cerita kami, seseorang tu bukanlah jodoh untuk Fz.  Kenapa BANYAK KALI JADI CAMNI?!!

Tapi tak apalah.. Ada sesuatu yang masih Fz tidak faham tentang mimpi bertemu jodoh ini kan.  Puas dah Fz tanya ramai orang; kawan-kawan, ustaz/ustazah .. tentang bertemu jodoh dalam mimpi.  Majoriti mereka semua percayakan jodoh dalam mimpi.  Malangnya, Fz tak percaya. Huh!

Dengan Mr. B ni, sedikit pelik jugak sebenarnya.  Mana tak nya, Mr. B ni lah satu-satunya hamba Allah yang paling Fz tak suka dulu. Sekali lagi ya kawan-kawan.. Tak suka!  Sebab dalam ramai-ramai orang yang tak suka Fz dulu, dia ni la yang paling teruk menganjing/membahan dan menunjukkan bencinya pada Fz. huhuhu.. (Fz simpan lagi print screen kutukan dia pada Fz 2 tahun lepas)

Tapi mengapakah sekarang, dia muncul dalam mimpi dan selepas itu Fz dilembutkan hati untuk berbaik selepas disapa dia?  Oh mungkin, Allah sekadar suruh Fz berbaik dengan dia tanpa sebarang feeling kan?  Tapi kenapa dia yang muncul dalam setiap mimpi Fz selepas Fz berdoa, bersolat meminta dipertemukan jodoh yang baik... Kenapa dia?!  Kenapa bukan Mr. A yang baik hati tu, kenapa bukan another Mr. B ke...?  

Kalau the Mr. B boleh faham semua ni ... Sedih la !

Doa Agar Mendapat Pasangan dan Keturunan yang Baik serta Kedudukan

"Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:  Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh isteri-isteri dan zuriat keturunan kami;  Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang (mahu) bertakwa."

(Surah Al-Furqan, ayat 74)

Moral of the storyJangan terlalu benci, kelak akan terlalu menyayangi .. Harapan tinggal angan-angan

-- Yet, I still learning about love and relationship --

No comments:

Post a Comment