Assalamualaikum wbt.
15 Mac 2013 hari ini genap setahun Noramin Mohd Nor
meninggalkan Fz. Sepeninggalan arwah
abang, Fz ingin berkongsi sedikit cerita perkenalan dan hubungan rapat kami
berdua.
Kami berkenalan di satu program anjuran UiTM Lendu pada tahun
2011. Dua minggu selepas program
tersebut tamat, kami mulai rapat dan seterusnya mengikat hubungan sebagai
adik-beradik angkat. Tiada siapa yang
tahu ketika itu kecuali beberapa orang sahaja dapat menghidu kemesraan kami,
itupun beberapa hari sebelum arwah abang pergi.
Arwah abang merupakan bekas pemimpin pelajar dan sangat baik
orangnya. Mula-mula Fz kenal arwah abang
sebelum arwah abang dipilih menjadi pemimpin pelajar lagi. Ketika itu ada satu program anjuran fakulti
semasa pengajian diploma dulu, arwah tampil berani menyuarakan pandangan dan
saranan kepada Rektor UiTM ketika itu; Dr. Mizan bin Hitam.
Arwah abang ni sangat tinggi tau. Bayangkanlah kalau Fz keluar berjalan dengan
dia pun, Fz akan sedikit mendongak untuk bertentang mata dengan dia. Fz kagum dengan arwah abang. Fz pernah tanya arwah,
“Abang tak rasa macam tak normal ke bila ada orang pandang
abang sebab abang tinggi sangat?”
Jawapannya mudah dan ringkas. Buat apa nak malu, arwah abang sendiri rasa
bangga dengan kurniaan Allah SWT pada dirinya.
Sepanjang tempoh perkenalan, arwah abang seorang yang sangat
menjaga teman-teman dan adik-adiknya.
Pabila arwah ada kelapangan, tak pernah kedekut masa untuk luangkan
telefon dan bertanya khabar dengan Fz.
Tambahan pula, Fz ni masa tu boleh dikatakan ‘sakit teruk’ dan keluarga
tak tahu sebab Fz sendiri bertindak merahsiakannnya dari pengetahuan
keluarga. Tak mahu keluarga risau,
lagipun Fz dan keluarga kan berjauhan.
So, arwah abang la tempat Fz meluah kesakitan dan
kesedihan. Apa jua masalah, arwahlah
tempat Fz bercerita, berbual dan bergurau.
Fz ni walaupun ada kawan rapat, tapi kalau bab-bab masalah peribadi ni,,
susah sikit. Almaklumlah, bukan sekali
dua kena tikam dengan kawan rapat kan?
Pity me… Insya Allah masih dalam
proses untuk kembali mempercayai persahabatan.
Sejak dari awal perkenalan, kami memang jarang jumpa. Rapat pun melalui panggilan telefon dan chat
di facebook. SANGAT JARANG
berjumpa. Fz faham.. arwah abang kan
pemimpin pelajar, tambahan lagi dia status pelajar memang tak lari dari
assignment,proposal, quizzes etc..
arwah abang sibuk. Memang Fz
sendiri pun yang mintak supaya elakkan berjumpa kalau tak ada keperluan.
Arwah abang is my senior tau. Arwah belajar di Kampus Bandaraya Melaka
whereas me was studying at Kampus Alor Gajah.
Banyak project paper, Fz rujuk pada arwah abang je. Sebelum sampai ke tangan lecturer, arwah
abang akan dapat dulu. Hehehe…
Di saat-saat peninggalan arwah, kami sebenarnya baru sahaja
berbaik. Salah dari arwah abang ada, dari
Fz sendiri pun ada. Sifat tak puas hati,
salah faham, cemburu pun mungkin juga… rasa terkilan juga sebab Fz tak dapat
nak tengok mayat arwah. Kami berbaik pun
melalui panggilan telefon dan bukannya berjumpa. Urm …
Terima kasih kepada sahabatku; Arab (yang juga seangkatan
arwah abang menjadi pemimpin pelajar ketika itu) kerana memaklumkan kepada Fz
tentang pemergian arwah ke alam barzakh.
Dia sahaja yang sedia maklum tentang hubungan rapat Fz dengan arwah
abang. Dari mana dia tahu, wallahualam.
Semasa dapat panggilan tu, Fz di KL. Terus bersiap nak terus gerak ke Melaka. Malangnya tiket bas habis, dan jadual KTM
pulak lambat. Urm .. Dah nekad habis dah masa tu. By hook or by crook, I must be there. Unfortunately, I am too unlucky. Tak dapat tengok muka arwah abang buat kali
terakhir. Doa sahaja yang mengiringi
pemergian arwah abang.. *Fz sedang menahan air mata ni*
Fz pernah bergurau dengan arwah abang.
“Kalau anim dapat belajar kat KBM, agak-agak sempat tak
abang nak jaga anim?”
Nak tau tak, apa jawapan arwah abang yang Fz akan ingat
setiap kali melihatkan gahnya sign UiTM BANDARAYA MELAKA tu… ?
Secara berseloroh arwah abang jawab “Tak”… then, he laughed.
4 hari di minggu pertama di Bandar Melaka, Fz akan ke
balkoni rumah memandang tepat sign tu dan teringat kat arwah abang. Gurauan arwah menjadi.
I want he listens to me .. (even though I know he’s not)
Abang.. Anim rindu
sangat dengan abang. Anim rindu nak
gurau-gurau dengan abang. Walaupun ada
orang yang sudi jaga anim tapi dia tak sama macam abang. Tak pernah mendesak kalau anim cakap anim
taknak. Sentiasa hormat dan jaga
peribadi anim sebagai seorang wanita.
Anim minta maaf atas segala dosa dan kesilapan anim. Anim rindu abang sangat-sangat tau. Anim rindu nak dengar abang membebel masa
anim ejek abang .. anim rindu banyak tentang abang dan kita. Insya Allah andai sampai jodoh anim dengan
seseorang nanti, anim nak beritahu dia yang anim pernah sayang abang … dan
Insya Allah anim akan jaga hubungan anim dengan Syasya; ,amanat abang pada
anim. Salam kerinduan anim untuk abang.
Semoga arwah tenang di sana.
Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman dan mulia
di sisi Allah.
>>> Al-FATIHAH <<<
