Pages

Friday, March 15, 2013

MENYAMBUT SERUAN ILLAHI : MPP UiTM KAG 2011/2012


Assalamualaikum wbt.

15 Mac 2013 hari ini genap setahun Noramin Mohd Nor meninggalkan Fz.  Sepeninggalan arwah abang, Fz ingin berkongsi sedikit cerita perkenalan dan hubungan rapat kami berdua.

Kami berkenalan di satu program anjuran UiTM Lendu pada tahun 2011.  Dua minggu selepas program tersebut tamat, kami mulai rapat dan seterusnya mengikat hubungan sebagai adik-beradik angkat.  Tiada siapa yang tahu ketika itu kecuali beberapa orang sahaja dapat menghidu kemesraan kami, itupun beberapa hari sebelum arwah abang pergi.

Arwah abang merupakan bekas pemimpin pelajar dan sangat baik orangnya.  Mula-mula Fz kenal arwah abang sebelum arwah abang dipilih menjadi pemimpin pelajar lagi.  Ketika itu ada satu program anjuran fakulti semasa pengajian diploma dulu, arwah tampil berani menyuarakan pandangan dan saranan kepada Rektor UiTM ketika itu; Dr. Mizan bin Hitam.

Arwah abang ni sangat tinggi tau.  Bayangkanlah kalau Fz keluar berjalan dengan dia pun, Fz akan sedikit mendongak untuk bertentang mata dengan dia.  Fz kagum dengan arwah abang.  Fz pernah tanya arwah,

“Abang tak rasa macam tak normal ke bila ada orang pandang abang sebab abang tinggi sangat?”
Jawapannya mudah dan ringkas.  Buat apa nak malu, arwah abang sendiri rasa bangga dengan kurniaan Allah SWT pada dirinya.

Sepanjang tempoh perkenalan, arwah abang seorang yang sangat menjaga teman-teman dan adik-adiknya.  Pabila arwah ada kelapangan, tak pernah kedekut masa untuk luangkan telefon dan bertanya khabar dengan Fz.  Tambahan pula, Fz ni masa tu boleh dikatakan ‘sakit teruk’ dan keluarga tak tahu sebab Fz sendiri bertindak merahsiakannnya dari pengetahuan keluarga.  Tak mahu keluarga risau, lagipun Fz dan keluarga kan berjauhan. 

So, arwah abang la tempat Fz meluah kesakitan dan kesedihan.  Apa jua masalah, arwahlah tempat Fz bercerita, berbual dan bergurau.  Fz ni walaupun ada kawan rapat, tapi kalau bab-bab masalah peribadi ni,, susah sikit.  Almaklumlah, bukan sekali dua kena tikam dengan kawan rapat kan?  Pity me…  Insya Allah masih dalam proses untuk kembali mempercayai persahabatan.

Sejak dari awal perkenalan, kami memang jarang jumpa.  Rapat pun melalui panggilan telefon dan chat di facebook.  SANGAT JARANG berjumpa.  Fz faham.. arwah abang kan pemimpin pelajar, tambahan lagi dia status pelajar memang tak lari dari assignment,proposal, quizzes etc..   arwah abang sibuk.  Memang Fz sendiri pun yang mintak supaya elakkan berjumpa kalau tak ada keperluan.

Arwah abang is my senior tau.  Arwah belajar di Kampus Bandaraya Melaka whereas me was studying at Kampus Alor Gajah.  Banyak project paper, Fz rujuk pada arwah abang je.  Sebelum sampai ke tangan lecturer, arwah abang akan dapat dulu. Hehehe…

Di saat-saat peninggalan arwah, kami sebenarnya baru sahaja berbaik.  Salah dari arwah abang ada, dari Fz sendiri pun ada.  Sifat tak puas hati, salah faham, cemburu pun mungkin juga… rasa terkilan juga sebab Fz tak dapat nak tengok mayat arwah.  Kami berbaik pun melalui panggilan telefon dan bukannya berjumpa. Urm …

Terima kasih kepada sahabatku; Arab (yang juga seangkatan arwah abang menjadi pemimpin pelajar ketika itu) kerana memaklumkan kepada Fz tentang pemergian arwah ke alam barzakh.  Dia sahaja yang sedia maklum tentang hubungan rapat Fz dengan arwah abang.  Dari mana dia tahu, wallahualam.

Semasa dapat panggilan tu, Fz di KL.  Terus bersiap nak terus gerak ke Melaka.  Malangnya tiket bas habis, dan jadual KTM pulak lambat. Urm .. Dah nekad habis dah masa tu.  By hook or by crook, I must be there.  Unfortunately, I am too unlucky.  Tak dapat tengok muka arwah abang buat kali terakhir.  Doa sahaja yang mengiringi pemergian arwah abang.. *Fz sedang menahan air mata ni*

Fz pernah bergurau dengan arwah abang.

“Kalau anim dapat belajar kat KBM, agak-agak sempat tak abang nak jaga anim?”

Nak tau tak, apa jawapan arwah abang yang Fz akan ingat setiap kali melihatkan gahnya sign UiTM BANDARAYA MELAKA tu… ?

Secara berseloroh arwah abang jawab “Tak”… then, he laughed.

4 hari di minggu pertama di Bandar Melaka, Fz akan ke balkoni rumah memandang tepat sign tu dan teringat kat arwah abang.  Gurauan arwah menjadi.

I want he listens to me .. (even though I know he’s not)

Abang.. Anim rindu sangat dengan abang.  Anim rindu nak gurau-gurau dengan abang.  Walaupun ada orang yang sudi jaga anim tapi dia tak sama macam abang.  Tak pernah mendesak kalau anim cakap anim taknak.  Sentiasa hormat dan jaga peribadi anim sebagai seorang wanita.  Anim minta maaf atas segala dosa dan kesilapan anim.  Anim rindu abang sangat-sangat tau.  Anim rindu nak dengar abang membebel masa anim ejek abang .. anim rindu banyak tentang abang dan kita.  Insya Allah andai sampai jodoh anim dengan seseorang nanti, anim nak beritahu dia yang anim pernah sayang abang … dan Insya Allah anim akan jaga hubungan anim dengan Syasya; ,amanat abang pada anim.  Salam kerinduan anim untuk abang.


Semoga arwah tenang di sana.  Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman dan mulia di sisi Allah.

>>> Al-FATIHAH <<<

No comments:

Post a Comment