Pages

Sunday, February 17, 2013

MENYAMBUT SERUAN ILLAHI : Ex-levelmates @ Tun Merah College

Bismillahirahmanirrahim ...  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua ...

Dengan penuh sabar dan menahan air mata ... Fz mengucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan atas pemergian NURUL NADIA BINTI ZAINI ke rahmatullah pada Isyak 17 Februari 2013.



Perkenalan yang amat singkat ketika Fz berpindah kolej pada semester kedua di kampus pengajian Diploma dahulu , membuatkan Fz berasa selesa mengenali si junior cilik ini . Orangnya yang sangat lemah-lembut, sopan santun, berbudi pekerti dan sentiasa menjaga tatatsusila sebagai seorang gadis yang bertudung.  Selama perkenalan hampir 2 tahun ketika bersama-sama menetap di kolej dan aras yang sama, tidak pernah sekali pun Fz mendengar si cilik ini melenting atau marah.  Tidak pernah sekalipun Fz dengar dia meninggi suara kepada sesiapa walaupun ketika perasaan amarah menyelubungi dirinya.

Si cilik ini sangat pandai bersosial walaupun tidak cakap banyak tapi sesiapa sahaja akan selesa berkenalan dan berkawan dengannya.  Si cilik ini juga sangat kuat sifat setiakawan.  Walaupun pernah ada krisis dengan teman sebilik namun dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai sahabat dalam 'rumah' itu jika ada 'ahli keluarga'nya yang sakit atau memerlukan sebarang bantuan.

Fz sebak pabila diberitahu si cilik ini telah meninggalkan kita.  Terima kasih kepada rakan sebilik Fz dahulu; Cik W & F atas informasi.  Khabarnya si cilik ini meninggalkan akibat sakit mengejut.  Bukan sakit jantung tapi kisahnya si cilik ini demam dalam 2 minggu dan pemeriksaan di hospital menunjukkan jantungnya bengkak dan memberi kesan kepada organ-organ dalaman yang lain.  Penyakitnya bertambah kritikal  sehingga organ-organ tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sayang seribu kali sayang ... Si cilik ini baru sahaja melayari bahtera perkahwinan pada Disember 2012.  Sebanyak-banyak takziah kepada ahli keluarga dan terutamanya suami tercinta si cilik.  Semoga mereka tabah menjalani kehidupan selepas ketiadaan si cilik ini.


Jika Nadia boleh mendengar isi hati akak, akak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika selama perkenalan kita, akak ada buat Nad tersinggung dan berkecil hati.  Maafkan akak jika akak pernah tidak membalas senyuman Nad dan maafkan akak kerana tidak sempat mengenali Nad dengan lebih dekat.  Percayalah akak sangat menyayangi dan mencontohi cara Nad membawa diri.
Akak tabik pada Nad mampu menepis kata-kata liar tentang perkahwinan di usia muda Nad.
Semoga Nad ditempatkan bersama-sama orang beriman dan sejahtera di sana.
Amin...

Takziah kepada ahli keluarga dan semua kenalan Arwah Nadia.

~ Al-Fatihah ~




1 comment:

  1. ex-classmate D'bankers BIB1C...Al-Fatihah..terkejut juga tiba2 dengar berita nadia meninggal...Moga rohnya tenang disana...

    ReplyDelete