Pages

Saturday, February 16, 2013

Aku Doa … Allah Beri … TAPI ???


Assalamualaikum wbt.  Entri kali ini, Fz nak berkongsi pengalaman dan pengajaran yang Fz tempuhi dan pelajari selama bernafas sehingga ke hari ini.  Hope it will inspire you much !

 . . . . . . . . . . . .

Dulu di sekolah rendah, aku tak famous.  Tak ramai kenali aku kecuali kawan-kawan satu kelas dan sepasukan bola jaring.
Aku doa .. supaya satu hari nanti, aku akan dikenali oleh ramai orang dan aku popular dengan siapa diri aku.
Allah beri … semasa aku di sekolah menengah, aku cukup dikenali sebagai salah seorang pelajar yang berkaliber dan berdaya saing dalam kalangan para pendidik di sekolah.  
Tapi … setelah itu, baru aku sedar, hidup tidak menjadi perhatian orang ramai lebih selesa dan tenang kerana aku tidak perlu tempuh iri hati dan hasad dengki orang mencemburui yang bakal, akan dan sentiasa mengganggu perjalan hidup aku selamanya.  

Di sekolah rendah, aku sering jadi bahan bualan dan “bisikan sembunyi” kawan-kawan yang merendah-rendahkan kredibiliti aku sebagai salah seorang pelajar dari kelas cemerlang.
Aku doa … Ramai orang akan sedar kewujudan aku dengan kemampuan yang aku ada.
Allah beri … Kekuatan dan kesihatan yang sangat baik untuk aku ceburi bidang kokurikulum yang menonjolkan aku bukan sekadar cemerlang akademik sahaja.  Banyak sukan yang telah aku ceburi.
Tapi … Semua itu boleh buat aku leka, lalai dan tiada masa dengan keluarga dan teman-teman rapat.  Kebanyakan masa di siang hari, aku habiskan untuk menjalani latihan sukan dan malam pula, aku tumpu pada pelajaran.  Bila masa aku dengan keluarga dan kawan-kawan?

Masa kecil-kecil dulu, aku suka ikut mak abah pergi ziarah orang sakit.  Best je tengok orang sakit  tu dapat perhatian.
Aku doa … Berikan aku satu penyakit yang buatkan orang akan bersilih-ganti lawat dan ziarah aku.  Aku tak minta simpati, cuma aku sukakan perhatian.
Allah beri … Satu ujian yang hampir membuatkan aku putus asa untuk hidup.  Memang ya, ramai orang berikan perhatian. 
Tapi … Tak semua perhatian yang aku dapat tu ikhlas dari hati ‘mereka’.  Ada yang buat-buat dan ada yang sekadar menyedapkan hati.  Perhatian yang diberikan hanyalah SIMPATI semata-mata.

Aku mempunyai ramai kawan dan teman yang selalu mendekati dan menemai hari-hari aku.
Aku doa … buatlah mereka benci kepada aku supaya satu hari nanti, bila tiba masanya aku pergi (mati), mereka tidak akan menangisi pemergian aku.
Allah beri … Kehilangan teman satu per satu dek konflik dan salah faham.  Mungkin juga kerana ego dan lost contact.
Tapi … Aku baru sedar pentingnya teman di kala susah dan senang, sihat ataupun sakit.  I miss them damn much!

Aku membesar dengan sifat bencikan lelaki.  Setiap kali nampak lelaki dan perempuan bergaduh, semakin bertambah kebencian aku pada lelaki.  Ku akui ketika itu, aku tidak matang.
Aku doa … Berikan aku peluang untuk merasakan kasih sayang dari seorang lelaki selain lelaki yang bergelar “Abah”.
Allah beri … Cinta hati yang sangat lembut hatinya dan pendiam.
Tapi … Tak semua lelaki kasar tu jahat dan lelaki lembut tu baik.  Cinta hati tinggalkan aku tanpa berita selama tiga bulan walhal aku masih ada kawan-kawan lelaki yang nakal, kasar dan celupar tapi mereka tak pernah tinggalkan aku walaupun sehari. 

Setelah ditipu, aku terdetik nak jadi perempuan jahat.  Konon nak membalas dendam pada lelaki.
Aku doa … Berikan aku kekuatan untuk tunjukkan pada lelaki yang aku adalah wanita yang boleh hidup tanpa lelaki.
Allah beri … Peluang bebas untuk aku kenal dan berkawan dengan ramai lelaki.
Tapi … Semua tu buat aku alpa sekejap, terasa diriku hot stuff.  Aku liar dan terlalu menikmati keseronokan dunia sehingga aku lupa aku masih ada kawan perempuan yang boleh buat aku lebih happy tanpa lelaki.  Aku abaikan mereka :'(

Rasa hairan, macam mana seorang perempuan kadang-kadang boleh madukan 'boyfie' sendiri dalam satu masa.  Nak gak tahu apa rasanya?
Aku doa … Aku nak jadi wanita hebat dan mampu beri kasih sayang sama rata.
Allah beri … Akal untuk aku handle cinta hati dan spare part dalam satu masa.
Tapi … Aku sedar aku dah salah guna rasa cinta dan akal yang Allah bagi.  Dalam masa yang sama, aku sedar aku bukan hebat tapi aku jahat.  Mempermainkan perasaan orang lain itu tidak awesome !

Ramai kawan-kawan aku hidup bebas dan tak ada kongkongan dari parents.
Aku doa … Aku nak macam tu jugak!
Allah beri …  Kebebasan yang aku inginkan.
Tapi … Aku sedar kebebasan tak menjamin kebahagiaan malah lagi merosakkan akal, iman dan akidah aku.  Aku dah jauh terpesong dari landasan-Nya.

Aku suka tengok orang gemuk, comel.  Kurang mendapat perhatian tapi hidup macam tak ada masalah.  Tak ramai orang nak ambil port pasal orang-orang gemuk ni.
Aku doa …  Aku nak gemuk seperti mereka~!
Allah beri … Selera makan yang bertambah, nafsu makan aku mendadak.
Tapi … Jadi orang gemuk ni banyak kontranya.  Semakin bertambah berat badan aku, semakin malas aku nak mulakan dan laksanakan sesuatu kerja.  Kualiti kerja aku semakin merundum.  Dan paling tak syok … Semakin gempal diri aku, semakin berpenyakit jadinya.. urgh!

Aku suka tengok wanita berbadan tegap, nampak ‘macho’. Hehe
Aku doa … Aku mampu dapatkan fizikal yang sama.
Allah beri … Bentuk badan yang aku idamkan.
Tapi … Aku baru tahu tak semestinya badan yang tegap tu menunjukkan seseorang tu mampu laksanakan kerja dengan lancar.  Sekarang aku dah berpenyakit badan tegap tapi tak boleh bongkok.  Rukuk dalam solat aku pun .. urm …

# Ikutkan hati, banyak lagi nak kongsi tapi cukuplah sampai sini dulu.  Lagipun taknak chillers bosan membaca panjang-panjang.  Fz sendiri pun sekarang tak suka baca warkah panjang berjela ni. Hehehe

Moral of the story  :  Sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah SWT dah kurniakan dan terima seadanya.  Perbaiki yang lemah dan bukan meminta untuk kesempurnaan.  Pasti ada jalan penyelesaian di setiap permasalahan yang timbul.


Doa Agar Diberi Kemudahan / Lancar Memperolehi Rezeki
Allahumma Yassir wala tua’ssir
“Ya Allah mudahkanlah jangan menjadi sukar”


~~~ AKU NAK DIRI AKU BALIK !!! ~~~
Usaha Tangga Kejayaan

No comments:

Post a Comment