20 JANUARI 2013
Assalamualaikum wbt. Tarikh ini adalah hari paling seronok dan bersyukur bagi Fz untuk awal tahun 2013 ni. Fz dapat jumpa dia ni.. dia ni.. dia ni… !!! hehe :)
WAN ASROLNIZAM BIN WAN xxxxx
Dia ni yang terbaik untuk Fz walaupun dia sebenarnya orang yang tak tentu arah. Haha. Dia pernah jadi kenalan biasa, skandal, kekasih gelap, abang angkat dan sekarang dia adalah kawan rapat Fz.
Hari tu dia datang dari Penang semata-mata nak jumpa Fz. Selepas hampir 3 tahun kami lost contact, perasaan bila nampak muka dia tu .. happy sangat la. Macam biasa sebelum jumpa dia, mesti ada gaduh sikit dalam mesej. Entah la .. rasa dah jadi habit lak. Sebelum jumpa, gaduh jap, merajuk, pujuk and okay. Hehe..
Pergi tengok wayang kat KLCC cerita “3AM”. Best horror movie so far… Balik tu plan nak pergi makan, tapi tak jadi :( disebabkan Fz la. Lupa beritahu, kalau kami berjumpa mesti ada benda-benda pelik dan ganjil kami akan buat. Tak kisah la kacau orang ke, sorok barang orang ke. Haha.. Remaja nakal.
Hari tu dia ajak buat ‘benda baru’ tapi Fz yang tak mahu. Tak perlu la Fz beritahu apa dia. Yang kamu semua patut tahu adalah .. Benda tu kalau dibuat, ruginya beribu-ribu kali besar dari modal yang keluar. Untung tak ke mana. Makan diri. Mula tu rasa memang nak try, adatlah suka mencuba. Bila difikir-fikir balik, macam tak ada guna pulak. Urm… memang tak berguna la!
Dia kecewa, Fz merajuk. Dah siapa nak pujuk? Hahaha.. Plan nak pergi Puduraya sama-sama tak jadi. Kami berpisah kat stesen LRT Masjid Jamek. Dia nak pergi Pasar Seni dan Fz nak balik rumah. Malam tu, Fz cuba pujuk dia tapi mesej tak berbalas, call tak berjawab. Fz fikir biarlah dia lepak dengan kawan-kawan dia dulu.
Pagi ni, dia ada call (masa dia dalam perjalanan nak balik Penang). Dengar suara dia saja, Fz dah tahu dia merajuk. Dia perli Fz cukup-cukup. Sedih la. Dah lama tak jumpa, camni jadinya. Fz malas nak panjang cerita, end of the call, Fz buat diam je la.
Paling best, seperti selalunya.. Dia dah perli-perli, marah-marah, dia call Fz semula. Siap boleh gurau-gurau lagi. Dia memang pandai ambil hati. Fz SAYANG ABANG AS !!
Moral of the story : Jangan gadai prinsip yang positif hanya untuk menjaga hati orang yang kita sayang sedangkan kita tahu perkara itu adalah tidak wajar. Time inilah ego & keras hati memainkan peranan.
Doa Supaya Usaha Berjalan Lancar
“Ya Allah tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali Engkau dan tidak ada yang dapat menghilangkan kejahatan melainkan Engkau. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah”
(Hadis Riwayat Abu Dawud)
25 JANUARI 2013
I went to shop @Sogo, KL last Saturday with my two girlfriends. Syasya my close campus friend brought her 2 sisters along and Farhana brought herself alone that day. Haha… (Oh My English) .
Seronoknya hari itu, walaupun kepenatan dan balik agak lewat tapi Fz sangat-sangat rasa berbaloi pabila Fz dapat keluar dengan teman lama serentak. Syasya; Fz kenal di kampus UiTM Lendu dan Farhana; Fz kenal semasa di Seminar Motivasi PMR tahun 2006. Syukur Alhamdulillah yang paling tak terhingga bila kedua-duanya Fz dah lama tak jumpa dan kami dapat keluar luangkan masa bersama-sama.
Boleh dikatakan hampir 1 tahun, Fz krisis kecil dengan Syasya, namun Alhamdulillha setelah ditelaah dan diteliti, semuanya salah faham sahaja. Syasya pun berfikiran yang sama. Manakala dengan Cik Farhana lagi sempoi. Pertemuan di Sogo adalah kali kedua setelah kami kenal di seminar 7 tahun lepas. Sweet kan?
Dari tingkat paling atas, turun satu demi satu tingkat ke bawah. Naik semula ke tingkat 7 sebelum solat dan balik ke rumah. Lega dapat keluar dengan Cik Syasya dan adik-adik, tak lupa Cik Farhana. Lega dapat berseronok, senyum dan gelak ketawa dengan mereka. Lega dapat berbaik-baik dan bertambah rapat dengan mereka.
Insya Allah kami akan bersua lagi di lain masa. Dan doakan kejayaan kami untuk sama-sama sambung belajar. Kami bertiga masih menunggu tawaran belajar di peringkat Ijazah di UiTM. Insya Allah jika diizinkan Allah SWT, Fz dan Farhana akan menduduki di kursus yang sama sebab pilihan pertama kami HR Management. Hehehe. Kalau dapat, Farhana adalah junior Fz! Heuw2~
Sebelum mengakhiri blog kali ini, dengan suka hati Fz cuma nak berkongsi dengan chillers. Jika tiada yang mengenali kami, mungkin ada yang akan mengatakan Fz dan Cik Syasya ni adik-beradik kerana muka kami akan-akan. Dan Fz dan Cik Farhana juga mungkin dikatakan adik-beradik kerana realitinya Fz ada seorang adik perempuan bernama Farhana juga. Satu kebetulan yang agak melucukan.
Last for chillers, Fz dan Farhana ada sepasang kasut kembar !.. Cuma lain saiz saja. Hehe.. Sweet sangat… :)
Moral of the story : Sengketa menampakkan kelemahan diri sendiri bukan kesalahan orang lain. Sekali kawan, selama-lamanya kawan laaa… =D
Doa Memohon Keampunan dan Kasih Sayang
“Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi.”
(Surah Hud, ayat 47)
.E.N.D.
.jpg)


No comments:
Post a Comment