7.08 pagi
Semalam sebelum tidur, tetiba flashback momen Mak menangis relakan aku pindah rumah, tak duduk dengan dia.
"Lepas ni takyah fikir Mak Abah dah. Fikir diri kau je Kakchik. Kuih raya tahun ni pun takyah beli. Mak taknak apa-apa dah."
Aku dengan jiwa kosongnya, tak rasa apa dah. Fikiran aku masa tu,
"Memang start 2024 ni, aku takkan bagi kau apa-apa dah, Mak. Adik-beradik plan nak bagi kau barang ke apa, aku tetap akan bagi kau duit je. Duit je yang kau nampak selama ni, Mak..."
"Barang aku barang murah kan. Kuih raya, daging korban, sandal, baju, tudung tu semua barang murah. Tak standard Ariani, Jakel..."
"2024 ni, memang aku fikir diri aku je, Mak. Cukuplah. Cukup dengan drama sinetron ni."
-.-
No comments:
Post a Comment