Pages

Sunday, January 27, 2013

MY LIFE : 2 Weeks 2 Events


20 JANUARI 2013

Assalamualaikum wbt.  Tarikh ini adalah hari paling seronok dan bersyukur bagi Fz untuk awal tahun 2013 ni.  Fz dapat jumpa dia ni.. dia ni.. dia ni… !!! hehe :)




WAN ASROLNIZAM BIN WAN xxxxx

Dia ni yang terbaik untuk Fz walaupun dia sebenarnya orang yang tak tentu arah. Haha.  Dia pernah jadi kenalan biasa, skandal, kekasih gelap, abang angkat dan sekarang dia adalah kawan rapat Fz.

Hari tu dia datang dari Penang semata-mata nak jumpa Fz.  Selepas hampir 3 tahun kami lost contact, perasaan bila nampak muka dia tu .. happy sangat la.  Macam biasa sebelum jumpa dia, mesti ada gaduh sikit dalam mesej.  Entah la .. rasa dah jadi habit lak.  Sebelum jumpa, gaduh jap, merajuk, pujuk and okay. Hehe..

Pergi tengok wayang kat KLCC cerita “3AM”.  Best horror movie so far… Balik tu plan nak pergi makan, tapi tak jadi :( disebabkan Fz la. Lupa beritahu, kalau kami berjumpa mesti ada benda-benda pelik dan ganjil kami akan buat.  Tak kisah la kacau orang ke, sorok barang orang ke. Haha.. Remaja nakal.  

Hari tu dia ajak buat ‘benda baru’ tapi Fz yang tak mahu.  Tak perlu la Fz beritahu apa dia.  Yang kamu semua patut tahu adalah .. Benda tu kalau dibuat, ruginya beribu-ribu kali besar dari modal yang keluar.  Untung tak ke mana.  Makan diri.  Mula tu rasa memang nak try, adatlah suka mencuba.  Bila difikir-fikir balik, macam tak ada guna pulak.  Urm… memang tak berguna la!

Dia kecewa, Fz merajuk.  Dah siapa nak pujuk? Hahaha.. Plan nak pergi Puduraya sama-sama tak jadi.  Kami berpisah kat stesen LRT Masjid Jamek.  Dia nak pergi Pasar Seni dan Fz nak balik rumah.  Malam tu, Fz cuba pujuk dia tapi mesej tak berbalas, call tak berjawab.  Fz fikir biarlah dia lepak dengan kawan-kawan dia dulu.

Pagi ni, dia ada call (masa dia dalam perjalanan nak balik Penang).  Dengar suara dia saja, Fz dah tahu dia merajuk.  Dia perli Fz cukup-cukup.  Sedih la.  Dah lama tak jumpa, camni jadinya.  Fz malas nak panjang cerita, end of the call, Fz buat diam je la.

Paling best, seperti selalunya.. Dia dah perli-perli, marah-marah, dia call Fz semula.  Siap boleh gurau-gurau lagi.  Dia memang pandai ambil hati.  Fz SAYANG ABANG AS !!

Moral of the story  :  Jangan gadai prinsip yang positif hanya untuk menjaga hati orang yang kita sayang sedangkan kita tahu perkara itu adalah tidak wajar.  Time inilah ego & keras hati memainkan peranan.

Doa Supaya Usaha Berjalan Lancar

“Ya Allah tidak ada yang mendatangkan kebaikan kecuali Engkau dan tidak ada yang dapat menghilangkan kejahatan melainkan Engkau.  Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan kekuatan Allah”
(Hadis Riwayat Abu Dawud)



25 JANUARI 2013 

I went to shop @Sogo, KL last Saturday with my two girlfriends.  Syasya my close campus friend brought her 2 sisters along and Farhana brought herself alone that day. Haha… (Oh My English) .


Dari kiri : Fz, Farhana, Syasya

Seronoknya hari itu, walaupun kepenatan dan balik agak lewat tapi Fz sangat-sangat rasa berbaloi pabila Fz dapat keluar dengan teman lama serentak.  Syasya; Fz kenal di kampus UiTM Lendu dan Farhana; Fz kenal semasa di Seminar Motivasi PMR tahun 2006.  Syukur Alhamdulillah yang paling tak terhingga bila kedua-duanya Fz dah lama tak jumpa dan kami dapat keluar luangkan masa bersama-sama.

Boleh dikatakan hampir 1 tahun, Fz krisis kecil dengan Syasya, namun Alhamdulillha setelah ditelaah dan diteliti, semuanya salah faham sahaja.  Syasya pun berfikiran yang sama.  Manakala dengan Cik Farhana lagi sempoi.  Pertemuan di Sogo adalah kali kedua setelah kami kenal di seminar 7 tahun lepas.  Sweet kan?

Dari tingkat paling atas, turun satu demi satu tingkat ke bawah.  Naik semula ke tingkat 7 sebelum solat dan balik ke rumah.  Lega dapat keluar dengan Cik Syasya dan adik-adik, tak lupa Cik Farhana.  Lega dapat berseronok, senyum dan gelak ketawa dengan mereka.  Lega dapat berbaik-baik dan bertambah rapat dengan mereka.

Oh ya! Sebelum terlupa, Syasya kan ada bawak dua orang adik dia; Suya dan Syazi.  Kesian Cik Syazi, tersilap dengar nama dia, Fz panggil dia “Saji”. Huhu.. Ampun! Ampun! Ampun!...

Insya Allah kami akan bersua lagi di lain masa.  Dan doakan kejayaan kami untuk sama-sama sambung belajar.  Kami bertiga masih menunggu tawaran belajar di peringkat Ijazah di UiTM.  Insya Allah jika diizinkan Allah SWT, Fz dan Farhana akan menduduki di kursus yang sama sebab pilihan pertama kami HR Management. Hehehe.  Kalau dapat, Farhana adalah junior Fz! Heuw2~

Sebelum mengakhiri blog kali ini, dengan suka hati Fz cuma nak berkongsi dengan chillers.  Jika tiada yang mengenali kami, mungkin ada yang akan mengatakan Fz dan Cik Syasya ni adik-beradik kerana muka kami akan-akan.  Dan Fz dan Cik Farhana juga mungkin dikatakan adik-beradik kerana realitinya Fz ada seorang adik perempuan bernama Farhana juga. Satu kebetulan yang agak melucukan.

Last for chillers, Fz dan Farhana ada sepasang kasut kembar !.. Cuma lain saiz saja. Hehe.. Sweet sangat… :)



Moral of the story  :  Sengketa menampakkan kelemahan diri sendiri bukan kesalahan orang lain.  Sekali kawan, selama-lamanya kawan laaa… =D

Doa Memohon Keampunan dan Kasih Sayang
“Nabi Nuh berkata:  Wahai Tuhanku!  Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi.”
(Surah Hud, ayat 47)

.E.N.D.

Wednesday, January 16, 2013

SENGAL : Aku Lalai !

Bismillahirahmanirrahim ... Assalamualaikum wbt ..

TOLONG JANGAN GELAKKAN AKU .. 
(walaupun aku tahu memang aku patut kena gelak)

Selepas hampir 3 tahun oh silap! 5 tahun ya ... meninggalkan alam sekolah menengah,
baru petang hari ini aku diperasankan oleh adik saudara lelaki aku
bahawasanya ...

AKU TAK ADA SIJIL TAMAT SEKOLAH !

-Sekian-

Moral of the story :  Setiap yang bermula pasti ada akhirnya .. Masuk sekolah pun kena bayar yuran, takkan nak blah camtu je...

Doa Ketika Lupa
"Sesungguhnya Allah tidak tidur dan tidak lupa"

-- School life is a beginning to a better future--

JODOH : Ujian Mimpi

Bismilahirahmanirrahim .. Assalamualaikum wbt ..

Alkisahnya nak cerita Fz dilanda kesedihan di mana Fz mendapat satu khabar di mana teman yang dimimpikan selepas melaksanakan solat hajat dipertemu jodoh ... sudah bertemu jodoh dengan orang lain.  Senang nak cer, Fz gelarkan "dia" sebagai "Mr. B"..

Mesej dengan dia tadi, tiba-tiba je dia cakap nak lamar bakal isteri yang sudah dikenali setahun yang lalu. Pergh! Tak sentap sangat pun sebenarnya. Cuma sedikit terkeliru dan sebak kenapa Allah SWT uji Fz sebegini lagi?  Dia hadirkan seseorang, semaikan rasa sayang Fz pada seseorang tu, tapi di penghujung cerita kami, seseorang tu bukanlah jodoh untuk Fz.  Kenapa BANYAK KALI JADI CAMNI?!!

Tapi tak apalah.. Ada sesuatu yang masih Fz tidak faham tentang mimpi bertemu jodoh ini kan.  Puas dah Fz tanya ramai orang; kawan-kawan, ustaz/ustazah .. tentang bertemu jodoh dalam mimpi.  Majoriti mereka semua percayakan jodoh dalam mimpi.  Malangnya, Fz tak percaya. Huh!

Dengan Mr. B ni, sedikit pelik jugak sebenarnya.  Mana tak nya, Mr. B ni lah satu-satunya hamba Allah yang paling Fz tak suka dulu. Sekali lagi ya kawan-kawan.. Tak suka!  Sebab dalam ramai-ramai orang yang tak suka Fz dulu, dia ni la yang paling teruk menganjing/membahan dan menunjukkan bencinya pada Fz. huhuhu.. (Fz simpan lagi print screen kutukan dia pada Fz 2 tahun lepas)

Tapi mengapakah sekarang, dia muncul dalam mimpi dan selepas itu Fz dilembutkan hati untuk berbaik selepas disapa dia?  Oh mungkin, Allah sekadar suruh Fz berbaik dengan dia tanpa sebarang feeling kan?  Tapi kenapa dia yang muncul dalam setiap mimpi Fz selepas Fz berdoa, bersolat meminta dipertemukan jodoh yang baik... Kenapa dia?!  Kenapa bukan Mr. A yang baik hati tu, kenapa bukan another Mr. B ke...?  

Kalau the Mr. B boleh faham semua ni ... Sedih la !

Doa Agar Mendapat Pasangan dan Keturunan yang Baik serta Kedudukan

"Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:  Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh isteri-isteri dan zuriat keturunan kami;  Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang (mahu) bertakwa."

(Surah Al-Furqan, ayat 74)

Moral of the storyJangan terlalu benci, kelak akan terlalu menyayangi .. Harapan tinggal angan-angan

-- Yet, I still learning about love and relationship --