6.34 petang
Hari ni Anxiety datang lagi.
Biasa lepas sahur, mandi dan Subuh. Lepas Subuh, terus masuk kerja.
Hari ni, time sujud dah mabuk. Terus rasa blank. Padahal solat duduk. Lepas bagi salam kedua, terus baring atas tilam for a few minutes. Time ni just mabuk dan sakit kepala. Kepala tetiba berdenyut bahagian depan sebelah kiri.
Lepas solat, sidai telekung semua, thought nak take a nap for 10 - 20 minutes je, sekali bangun jam 9.10 pagi. Em.
Pagi ni bangun tak buat kerja lappy, sambung kemas barang- barang pindah. Renyah sebab banyak kotak kecil. Sakit kepala pagi tadi tu dah tak ada, tapi jantung rasa berdebar-debar lak until...
Aku shaking, terduduk, berpeluh-peluh sampai rasa sesak nafas. Tak teringat pun pasal ubat masa tu. Dalam 5 minutes macam tu, dah okay sikit, aku rasa loya-loya. Pergi toilet, ngam-ngam buka pintu, terus š¤®
Aku tahu muntah tak sengaja, bukan jolok boleh je teruskan puasa tapi aku rasa tak selesa sebab lepas aku muntah tu, tekak aku rasa tak sedap.
Yes, aku dah sakit tekak for 3 days termasuk hari ni. Em. Semalam memang hilang suara terus. Apa pasal? Aku pun tak tahu. Dah la dengan mata merah menyala. Tak pedih tapi kabur.
Bismillah... Aku minum air suam, rasa tak sedap tekak tu ada lagi. Aku capai air sejuk peti, kurang sikit tapi still rasa tak best. Tak pandai nak cakap macam mana rasa tu. Macam tekak kena garu kot. Em.
Penyudahnya, aku nampak 100+ kat peti tu, aku tuang segelas dan aku minum. Hilang boh! Hilang terus rasa something kat tekak tu. Ke aku kurang gula eh? Em.
Sebelum Asar tadi, aku lipat kain, tiba-tiba je terngiang-ngiang suara Mak herdik aku,
"Kau yang tentukan hidup kau sendiri, kenapa nak salahkan mak?"
"Kau, Kakchik tak sudah-sudah nak salahkan Mak la..."
"Selama kau bisnes ni, Mak tak nampak mana hasil kau."
Terus rasa sedih membuak-buak. Aku dalam bilik. Baju kat tangan aku, aku lepaskan. Aku menangis. Menangis senyap dan mengalirkan air mata. Lama aku termenung. Macam mana la aku nak bawa bincang ngan Mak bila selalu berakhir dengan aku yang salah?
Padahal aku buat ikut kehendak 'dia.' Bila berjaya, bangga cerita kat orang,
"Oh, Mak yang suruh tu..."
"Mak yang cakap dengan dia..."
Tapi bila hasilnya tak seperti expectation 'dia,' itu salah aku.
Well, baju semua berjaya dilipat habis. Gagahkan juga. Cuba distract emosi ni dengan buat sesuatu. Tapi tu la... Sakit kepala menangis ni sebenarnya.
Hari ni, aku yang masak. Imah & Yaya rehat. Dorang puasa. Disebabkan aku dah batal puasa, aku offer diri untuk masak.
Usually, aku masak main dish, Imah akan masak sayur time nak dekat-dekat berbuka. Start kul 3.00 petang sampai 5.00 lebih tadi, aku masak 2 menu terus.
Sambal telur & Tumis sawi berkuah. Sepanjang masak tu, aku cuba-cuba live kat TikTok.
Aku berusaha untuk sembuh. Distract diri dari terus drown dengan emosi.
Hari ni walaupun rasa berat nak batalkan puasa, kira berjaya jugalah kan aku distract emosi aku kan.
Apa aku buat?
1. Sambung kemas barang pindah.
2. Masak
3. Live & berborak dengan viewers.
3.21 petang, 49 viewers for 1st day aku live dengan pin product. Cuba-cuba. Okay la kan?
Aku minta tolong Imah join & screenshot. By the way, aku bagi alasan aku pakai mask sebab aku masak sambal, cili, nak elak bersin depan makanan padahal...
Everytime aku kena panic attack atau anxiety, bibir aku akan bergerak-gerak, shaking dengan sendirinya.
Aku pakai mask, aku nak sorok yang tu sebenarnya. Ghisau... Ghisau...
No comments:
Post a Comment