Pages

Friday, January 19, 2024

19 Januari 2024, Jumaat
9.50 malam

Hari ni puasa lagi. Rutin macam biasa. 

Bangun sejam sebelum sahur.
Lepas sahur, mandi n solat Subuh. 
Lepas Subuh, tak tidur, terus ready buat kerja. 
Take a nap. Hari ni qailullah sejam sebelum zohor. Bangun jam 2.00 petang.
Zohor.

Pastu tetiba nampak bakul kain jemur penuh. Yaya angkat awal. Em. Nyaris nak sembur tapi hati kata soth, ba, ra. Alhamdulillah baran terkawal. Yaya beritahu dia angkat sebab jemuran tak kena panas.


Mami Imah senyum ja, kata Yaya terlebih rajin hari ini. Alkisahnya masa tidur siang tadi, cuaca redup. Yaya angkat sebab tak pandai agak cuaca lagi. Mujur tak sembur. Syukur. 

Hari ni masak lauk berbuka lewat sikit. Jam 5.00 petang. Sambal ikan bilis kentang & tumis sayur berkuah. Yaya sampai jilat jari. Imah menambah. I am so happy. Bahagia dapat masakkan walaupun modal tuan rumah. Huhu.

Malam, lepas Maghrib lipat baju. 
Lepas Isyak dah mengantuk. Gagahkan diri habiskan lipat baju. Syukur, selesai. 

Tu je la nak share. Achievement hari ni, tak cepat melenting dan dapat tahan marah tanpa sakit dada.

Tidur lu. Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment