Pages

Wednesday, January 24, 2024

24 Januari 2024, Rabu
9.41 malam

Having maggi while reading this. 

Berdesup naik kepala. Sakit. THE END.

Monday, January 22, 2024

22 Januari 2024
10.43 malam

I have a simple question. 

KENAPA KITA KENA HIDUP? 

Rasa lifeless datang lagi. Em. 

Sunday, January 21, 2024

21 Januari 2024
11.53 malam

Borak dengan Imah pasal lelaki. I shared to her about a mysterious guy in my life who waited for me for more than 10 years. Sabir. 

Sometime l feel like being used and tested by him. Why?

Aku share pada Imah how we've started know each other and I admitted I rejected him twice before. 

Aku share latest conversation aku dengan Sabir yang dia hantar gambar-gambar tak senonoh tu. I even shared Sabir's request untuk nikah batin.

Imah simple je cakap... 

"Nikah batin tu Syiah."

First time aku share pada Imah pasal lelaki. Before this, I'm not interested at all untuk bercakap pasal orang lain.

Somehow aku rasa Sabir pandang aku like objek seks. Entahlah.

Lepas habis borak, aku terus block Sabir and hopefully tak unblock dah. 

Rimas. Lemas.

Saturday, January 20, 2024

20 Januari 2024, Sabtu
11.54 malam

Something wrong with Sabir. A guy who waited me for 11 years. 

Dulu dia tak macam ni. Aku dah tak boleh tahan dah dengan conversation ni. Yes, baru-baru ni je dia mulakan. 

Bila tanya, is him imagine aku pakai natang ni? He answered no. Em.


Dalam minggu ni sahaja, 3 kali dia tanya ukuran badan aku. Ingatkan nak belikan baju, rupanya mencari natang ni. 

He has changed a lot. Totally different. Not a naive and kind one. 

This is my last conversation with him tonight. I think it is time to move on from him. Yes, he can accept regardless my condition and he treats me so goood except for this one. Idk if he realises that sometimes I feel like being used. 


Plan nak amek kafein malam ni berjaga, nak buat selesaikan kerja berlambak, tertangguh dek mood cam roller coaster last year, akhirnya stress dengan stupid thing macam ni je. 

Honestly, rasa nak muntah. He isn't Sabir yang aku kenal dulu. 




Friday, January 19, 2024

19 Januari 2024, Jumaat
9.50 malam

Hari ni puasa lagi. Rutin macam biasa. 

Bangun sejam sebelum sahur.
Lepas sahur, mandi n solat Subuh. 
Lepas Subuh, tak tidur, terus ready buat kerja. 
Take a nap. Hari ni qailullah sejam sebelum zohor. Bangun jam 2.00 petang.
Zohor.

Pastu tetiba nampak bakul kain jemur penuh. Yaya angkat awal. Em. Nyaris nak sembur tapi hati kata soth, ba, ra. Alhamdulillah baran terkawal. Yaya beritahu dia angkat sebab jemuran tak kena panas.


Mami Imah senyum ja, kata Yaya terlebih rajin hari ini. Alkisahnya masa tidur siang tadi, cuaca redup. Yaya angkat sebab tak pandai agak cuaca lagi. Mujur tak sembur. Syukur. 

Hari ni masak lauk berbuka lewat sikit. Jam 5.00 petang. Sambal ikan bilis kentang & tumis sayur berkuah. Yaya sampai jilat jari. Imah menambah. I am so happy. Bahagia dapat masakkan walaupun modal tuan rumah. Huhu.

Malam, lepas Maghrib lipat baju. 
Lepas Isyak dah mengantuk. Gagahkan diri habiskan lipat baju. Syukur, selesai. 

Tu je la nak share. Achievement hari ni, tak cepat melenting dan dapat tahan marah tanpa sakit dada.

Tidur lu. Assalamualaikum. 

Thursday, January 18, 2024

18 Januari 2024, Khamis
6.34 petang 

Hari ni Anxiety datang lagi.

Biasa lepas sahur, mandi dan Subuh. Lepas Subuh, terus masuk kerja.

Hari ni, time sujud dah mabuk. Terus rasa blank. Padahal solat duduk. Lepas bagi salam kedua, terus baring atas tilam for a few minutes. Time ni just mabuk dan sakit kepala. Kepala tetiba berdenyut bahagian depan sebelah kiri. 

Lepas solat, sidai telekung semua, thought nak take a nap for 10 - 20 minutes je, sekali bangun jam 9.10 pagi. Em. 

Pagi ni bangun tak buat kerja lappy, sambung kemas barang- barang pindah. Renyah sebab banyak kotak kecil. Sakit kepala pagi tadi tu dah tak ada, tapi jantung rasa berdebar-debar lak until... 

Aku shaking, terduduk, berpeluh-peluh sampai rasa sesak nafas. Tak teringat pun pasal ubat masa tu. Dalam 5 minutes macam tu, dah okay sikit, aku rasa loya-loya. Pergi toilet, ngam-ngam buka pintu, terus 🤮

Aku tahu muntah tak sengaja, bukan jolok boleh je teruskan puasa tapi aku rasa tak selesa sebab lepas aku muntah tu, tekak aku rasa tak sedap. 

Yes, aku dah sakit tekak for 3 days termasuk hari ni. Em. Semalam memang hilang suara terus. Apa pasal? Aku pun tak tahu. Dah la dengan mata merah menyala. Tak pedih tapi kabur. 

Bismillah... Aku minum air suam, rasa tak sedap tekak tu ada lagi. Aku capai air sejuk peti, kurang sikit tapi still rasa tak best. Tak pandai nak cakap macam mana rasa tu. Macam tekak kena garu kot. Em. 

Penyudahnya, aku nampak 100+ kat peti tu, aku tuang segelas dan aku minum. Hilang boh! Hilang terus rasa something kat tekak tu. Ke aku kurang gula eh? Em. 

Sebelum Asar tadi, aku lipat kain, tiba-tiba je terngiang-ngiang suara Mak herdik aku, 

"Kau yang tentukan hidup kau sendiri, kenapa nak salahkan mak?" 

"Kau, Kakchik tak sudah-sudah nak salahkan Mak la..." 

"Selama kau bisnes ni, Mak tak nampak mana hasil kau."

Terus rasa sedih membuak-buak. Aku dalam bilik. Baju kat tangan aku, aku lepaskan. Aku menangis. Menangis senyap dan mengalirkan air mata. Lama aku termenung. Macam mana la aku nak bawa bincang ngan Mak bila selalu berakhir dengan aku yang salah? 

Padahal aku buat ikut kehendak 'dia.' Bila berjaya, bangga cerita kat orang, 

"Oh, Mak yang suruh tu..." 
"Mak yang cakap dengan dia..." 

Tapi bila hasilnya tak seperti expectation 'dia,' itu salah aku.

Well, baju semua berjaya dilipat habis. Gagahkan juga. Cuba distract emosi ni dengan buat sesuatu. Tapi tu la... Sakit kepala menangis ni sebenarnya. 

Hari ni, aku yang masak. Imah & Yaya rehat. Dorang puasa. Disebabkan aku dah batal puasa, aku offer diri untuk masak. 

Usually, aku masak main dish, Imah akan masak sayur time nak dekat-dekat berbuka. Start kul 3.00 petang sampai 5.00 lebih tadi, aku masak 2 menu terus. 

Sambal telur & Tumis sawi berkuah. Sepanjang masak tu, aku cuba-cuba live kat TikTok. 

Aku berusaha untuk sembuh. Distract diri dari terus drown dengan emosi. 

Hari ni walaupun rasa berat nak batalkan puasa, kira berjaya jugalah kan aku distract emosi aku kan. 

Apa aku buat? 
1. Sambung kemas barang pindah. 
2. Masak
3. Live &  berborak dengan viewers. 


3.21 petang, 49 viewers for 1st day aku live dengan pin product. Cuba-cuba. Okay la kan? 

Aku minta tolong Imah join & screenshot. By the way, aku bagi alasan aku pakai mask sebab aku masak sambal, cili, nak elak bersin depan makanan padahal... 

Everytime aku kena panic attack atau anxiety, bibir aku akan bergerak-gerak, shaking dengan sendirinya. 

Aku pakai mask, aku nak sorok yang tu sebenarnya. Ghisau... Ghisau... 









Tuesday, January 16, 2024

16 Januari 2024, Selasa 
11.15 malam

Alhamdulillah first product for 2024. Newbie. 🤭
Current Mood:
Ikan kekek mak iloi-iloi, Ikan gelama mak ilai-ilai 🐟🐠🐡 😂🤣


Monday, January 15, 2024

15 Januari 2024, Isnin
10.40 malam

Pautan: https://www.facebook.com/share/r/DK8zpoLg3XCRTFRJ/?mibextid=zWBbVw

Aku bukan sakit sebab penyakit A'in, putus cinta atau saka & sewaktu dengannya.

Aku disakiti oleh kata-kata orang tuaku sendiri. 

Tak marah, tak dendam cuma sukar melupakan. ❤‍🩹

Sunday, January 14, 2024

14 Januari 2024, Ahad
4.43 petang

Tanya khabar Tin. Soalan penting setiap hari. 
"Apa khabar emosi hari ini?"

Tak borak lama pun. Entahlah. Soalan apa khabar ni sebenarnya tak ada jawapan pun. 

Jawapan standard:
"InShaaAllah sihat" 

Jawapan jujur:
"Mentally not okay tapi hidup perlu diteruskan..." 




Saturday, January 13, 2024

14 Januari 2024, Ahad

12.09 tengah malam


It just happened 30 mins ago. Em. Dah 2 minggu join terpalinggggg support group Kami Okay V2 tu. Group yang kumpulkan psy patients dari merata tempat dan kononnya objektif untuk saling kita jaga kita.

Apa yang jadi tadi? For me, people always have millions of options to do good things. Someone in the group asked if is there anyone yang pernah overdose dan apa effect dia? She seems that she really needs help. And I did replied,

"Bergantung pada jenis ubat. Some med just buat you khayal and some memang buat you menggelupur dan azab like my experience before."

"Ubat apa?"

"Quetapine. I took 20 pills. 1 day unconscious, drip 3 bottles and tak tahu Dr drip ubat apa lagi tapi memang seriously azab.."

Out of blue, someone tag Admin and asked to delete my message. I was shocked. I was like kau kenapa cibai?!

I query why? I just replied to someone's question and I was also not encouraging her to do so. I even share tips to distract her recent emotion by doing something else. 

"Did I broke rules no. 6?" 

[Rules No. 6: No message of suicidal attempts, self harm. If anyone do so, please tag Admin]

"Entah la. I think I need to rewrite the rules. No one break anything." 

"I recommend this group to have at least 1 professional medical doctor etc. Instead of let all the psy patients sharing their experiences and asked for help, at least that guy can share some reliable tips to distract from you guys drowning into negative emotion..."

I also add, 

"Boleh je tegur secara personal kan. Instead of tag Admin untuk terus delete depan muka. Terpalinggggg admin. Thanks anyway."

Yeah, mestilah I marah. Benda adab menegur pun nak kena ajar. Also, bukan I galakkan, I just jawab soalan orang lain.

"It's okay. Saya mohon undur diri. Assalamualaikum." 

And I left. Tenang jiwa setenang-tenangnya.

It really makes me pissed off. Benda adab menegur pun failed. Bodoh! Grrrrr

By the way, diri sendiri pun bodoh. Dr pun dah pesan, nak cari support group, cari yang ada at least one or two professional dalam tu. Valid!

I was so dumb to stay in the group for 2 weeks walaupun Admin terang-terang gagal jawab my first question.

"Dalam ni memang semua psy patients yang dah pergi check & dapat medical diagnose atau campur?"

Dengan confident-nya, 1 of the admin answered, "Yes!"

Right after she answered it, someone replied, 

"Saya tak. Just masuk sebab nak kumpul kekuatan dan semangat untuk pergi check hospital..."

Support group FAILED. TOTALLY FAILED!

Bye!